|
|
Anda berada di : Maklumat Korporat |
|
|
Pengurusan Teknologi Maklumat Oleh : admin Tarikh : Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat bertanggungjawab merancang, mengurus, membangun dan menyelenggara sistem maklumat berkomputer dan elemen berkaitan ICT Jabatan bagi memenuhi keperluan semasa. Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat terbahagi kepada dua cawangan iaitu Cawangan Analisis dan Cawangan Teknikal.
FUNGSI
Cawangan Analisis
 |
Mengkaji, membangun, menyelenggara dan memantau aplikasi Sistem Pendaftaran Pertubuhan Secara Elektronik (ROSES) yang membantu dalam proses pendaftaran pertubuhan, kemasukan data dan aliran permohonan bagi semua pertubuhan yang didaftarkan dan aplikasi ROSES terdiri daripada 24 modul berasingan. |
 |
Mengemaskini dan memantau portal Jabatan agar sentiasa memberikan maklumat terkini dan boleh dicapai sepanjang masa. |
 |
Merancang, mengkaji, membangun dan menyelenggara portal Jabatan yang baru dengan melibatkan permohonan dan pembayaran atas talian ( on-line ). |
 |
Memberi khidmat sokongan dan latihan penggunaan aplikasi ROSES dan aplikasi lain di bawah EG*Net seperti HRMIS, Inventori dan lain-lain. |
Cawangan Teknikal
 |
Memberi khidmat sokongan dan latihan penggunaan aplikasi ROSES dan aplikasi lain di bawah EG*Net seperti HRMIS, Inventori dan lain-lain. |
 |
Memantau rangkaian WAN dan LAN yang digunakan di Ibu Pejabat dan JPP Negeri. |
 |
Memberi kesedaran dan memantau keselamatan ICT bagi rangkaian, portal, emel dan internet yang digunakan di Ibu Pejabat dan JPP Negeri. |
 |
Memastikan aplikasi di bawah EG*Net seperti eSPKB, ePerolehan, HRMIS dan SPP2 sentiasa beroperasi dengan lancar. |
 |
Memantau projek pengimbasan dokumen di JPP Negeri. |
 |
Merancang bersama dengan Cawangan Analisis bagi perolehan perkakasan dan perisian Jabatan. |
 |
Memberi khidmat sokongan dan bantuan teknikal dari segi perisian, internet, emel, rangkaian kepada pengguna |
SENARAI PEGAWAI DAN KAKITANGAN
CARTA ORGANISASI BAHAGIAN

HUBUNGI KAMI
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
Kementerian Dalam Negeri
Aras 3, Blok B,
Bangunan Chancery Place
Jalan Diplomatik 2, Presint Diplomatik
62542 PUTRAJAYA
(U.P: Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat)
Telefon : 03-8881 1425 / 1426 / 1427 /1410
No. Faks : 03-8889 3706
|
|
|