Login Intranet
ID Pengguna
Katalaluan
Remember Me
Lupa Katalaluan? Klik Di Sini
Tender
-tiada aktiviti buat masa ini-
     Pautan Penting
MYGOV
MSC
KEMPEN
Pemudah
Jobs Malaysia
Visit Malaysia
healthpromo

Anda berada di :  Maklumat Korporat
     
 Portal  Internet

Sumber Manusia & Khidmat Pengurusan
Oleh : admin   Tarikh :

Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan bertanggungjawab mengurus hal-hal kewangan, pentadbiran, perkhidmatan, pembangunan organisasi, sumber manusia dan program pembangunan modul insan berkaitan dengan Jabatan. Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan terbahagi kepada tiga cawangan iaitu Cawangan Kewangan, Cawangan Pentadbiran dan Cawangan Sumber Manusia.


FUNGSI

Cawangan Kewangan

Menyediakan anggaran belanjawan tahunan, mengawal perbelanjaan, menyediakan penyata perbelanjaan bulanan, menyemak flimsy, menandatangani baucer-baucer, waran perjalanan pegawai/kakitangan serta mengawas buku Vot.

Mengurus perkara-perkara yang berkaitan dengan pembelian dan kawalan stor juga mengawal alat inventori.

Menyelaras panjar wang runcit dan menandatangani buku tunai dan resit.

Mengurus pembayaran bil-bil pesanan tempatan, tempahan tiket keretapi, kapal terbang, bas termasuk pembayaran.

Menyediakan penyata caruman KWSP, penyata kutipan hasil bulanan.
Mengurus hal-hal berkaitan pinjaman kenderaan, perumahan, pendahuluan diri, komputer dan lain-lain.
 

Mengurus perkara-perkara yang perlu dibincang dengan Jabatan Akauntan Negara dan menyediakan cadangan jawapan bagi pertanyaan audit.

Cawangan Pentadbiran

 

Bertanggungjawab menyelia dan mengawas kakitangan Gunasama keseluruhannya termasuk urusan kerja seharian, disiplin dan tatatertib.

Menyelaras, menyelia dan menyemak Laporan Bulanan Kad Perakam Waktu pada setiap bulan.
Menyelaras dan mengedarkan semua surat Pekeliling dari Ibu Pejabat serta mengemaskini Pekeliling tersebut.
Menyediakan Laporan maklumbalas kepuasan pelanggan.
Mengurus dan mendapatkan kelulusan memandu kenderaan Jabatan untuk pegawai-pegawai di Cawangan.
Mengurus pergerakan fail dan surat menyurat yang diterima dan keluar dari masa ke semasa.

Mengurus dan menyelenggara kenderaan Jabatan, kelengkapan pejabat termasuk perabot, alat tulis, kemudahan pemasangan telefon serta urusan pelupusan barang-barang.

Mengurus hal-hal berkaitan dengan bangunan pejabat, kebersihan dan kemudahan telefon.
Menyemak dan menyelaras dan mentukan Laporan Nilaian Prestasi pegawai/kakitangan disediakan dengan lengkap.

Cawangan Sumber Manusia

 

Menyelaras dan memastikan semua hal berkaitan dengan rekod perkhidmatan pegawai dan kakitangan dikemaskini setiap masa.

Menyemak dan menandatangani Laporan Perubahan Kew. 8 pegawai/kakitangan.

Megumpul dan mengendalikan juga menyediakan urusan berkaitan dengan pengisian jawatan, pelepasan/perletakan jawatan, bersara, tatatertib dan pengisytiharaan harta.

Menyediakan senarai pegawai lantikan baru untuk menduduki Induksi Umum dan Kursus dan menghantar nama ke bahagian Latihan.

Mengumpul, menyedia dan memproses permohonan penanggungan kerja.
Mengemaskini data dalam sistem HRMIS.
Menguruskan permohonan cuti kakitangan.


SENARAI PEGAWAI DAN KAKITANGAN


CARTA ORGANISASI BAHAGIAN


HUBUNGI KAMI


Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
Kementerian Dalam Negeri
Aras 3, Blok B
Bangunan Utama Chancery Place
Jalan Diplomatik 2, Presint Diplomatik

62542 PUTRAJAYA
(U.P: Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan)
Telefon    : 03 - 8888 5779 / 8889 5778 / 8890 5776
No. Faks : 03-88893706