Login Intranet
ID Pengguna
Katalaluan
Remember Me
Lupa Katalaluan? Klik Di Sini
Tender
-tiada aktiviti buat masa ini-
     Pautan Penting
MYGOV
MSC
KEMPEN
Pemudah
Jobs Malaysia
Visit Malaysia
healthpromo

Anda berada di :  Maklumat Korporat
     
 Portal  Internet

Pengurusan Pertubuhan
Oleh : admin   Tarikh :

Bahagian Pengurusan Pertubuhan merupakan bahagian yang melaksanakan tugas-tugas ‘core business’ Jabatan kecuali tugas yang berkaitan dengan penyiasatan terhadap aduan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Bahagian ini bertindak sebagai penyelaras bagi semua aktiviti-aktiviti ‘core business’ yang dilaksanakan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri (JPPN) bagi mengelakkan ketidakseragaman proses antara 14 buah cawangan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan di setiap negeri.


FUNGSI

Antara tugas-tugas ’core business’ yang dilaksanakan di JPPN adalah:

Memproses permohonan pendaftaran semua pertubuhan;

Memproses permohonan kebenaran bergerak sementara semua pertubuhan;

Memproses semua permohonan pertukaran nama, alamat, pindaan undang-undang dan kebenaran penggunaan bendera/lambang dan tanda lain kecuali parti politik;

Memproses semua permohonan pengesahan pegawai harta;

Memproses semua permohonan pendaftaran pegawai awam;

Memproses semua permohonan pelantikan juruaudit luar bagi pertubuhan faedah bersama;

Memproses semua permohonan untuk menaikkan jumlah perbelanjaan pentadbiran bagi pertubuhan faedah bersama;

Memproses semua permohonan bagi melabur dana bagi pertubuhan faedah bersama;

Menyemak penyata tahunan yang dikemukakan; dan

Mengambil tindakan pembubaran sementara.


JPPN akan memanjangkan kepada BPP permohonan pendaftaran pertubuhan dan bergerak sementara bagi pertubuhan-pertubuhan yang memerlukan perhatian Ibu Pejabat seperti berikut:

Pertubuhan-pertubuhan Agama;

Pertubuhan-pertubuhan berkaitan perdagangan termasuk institusi kewangan, pembinaan/pengilang dan Dewan Perniagaan/Usahawan;

Pertubuhan-pertubuhan politik; dan

Pertubuhan-pertubuhan berkaitan alam sekitar, pengguna dan persahabatan antarabangsa.


Selain itu, BPP juga menjalankan tugas-tugas berikut:

Memproses permohonan kebenaran penubuhan cawangan;

Menguruskan rayuan pertubuhan kepada Menteri Dalam Negeri;

Mengambil tindakan pembubaran pertubuhan di bawah Seksyen 13(1)(a);

Mengambil tindakan pembatalan pertubuhan di bawah Seksyen 13(1)(d);

Memproses permohonan kebenaran memegang jawatan kepada individu yang dilarang memegang jawatan; dan

Mengkaji dan menyemak semula dasar-dasar dan peraturan-peraturan sedia ada yang berkaitan dengan pertubuhan supaya selaras dengan perkembangan semasa.



SENARAI PEGAWAI DAN KAKITANGAN


CARTA ORGANISASI BAHAGIAN

 

HUBUNGI KAMI

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok B
Bangunan Chancery Place
Jalan Diplomatik 2, Presint Diplomatik
62542 PUTRAJAYA
(Bahagian Pengurusan Pertubuhan)
Telefon      : 03-8888 5779 / 8889 5778 / 8890 5776
No. Faks   : 03-8889 3667