Laman Web Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dibangunkan dengan hasrat untuk memperkenalkan Jabatan ini kepada masyarakat awam. Laman web ini juga menjadi saluran alternatif yang menyampaikan maklumat berkaitan dengan organisasi dan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan ini kepada semua golongan masyarakat tempatan dan antarabangsa.
Maklumat yang boleh diperolehi di laman web ini termasuklah prosedur penubuhan sesebuah persatuan, pindaan terhadap undang-undang pertubuhan, borang-borang, statistik pertubuhan, berita terkini jabatan dan jenis-jenis kategori pertubuhan serta perkhidmatan-perkhidmatan lain.
Tuan-tuan dialu-alukan untuk mengemukakan sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan perkhidmatan jabatan ini melalui alamat email yang disediakan. Selain itu, saya juga berbesar hati menerima sebarang teguran dan cadangan untuk menambahbaik laman web ini.
Penutup kata, saya berharap semoga maklumat dan perkhidmatan yang disediakan melalui laman web ini memberi manfaat dan panduan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
Sekian, selamat melayari Laman Web Rasmi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.
Dato' Hj. Md Alias bin Hj. Kalil
Pendaftar Pertubuhan Malaysia