Select Page

Bahagian-bahagian Jabatan

Bahagian Pengurusan Pertubuhan

Bahagian Pengurusan Pertubuhan merupakan bahagian yang melaksanakan tugas-tugas ‘core business’ Jabatan kecuali tugas yang berkaitan dengan penyiasatan terhadap aduan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Bahagian ini bertindak sebagai penyelaras bagi semua aktiviti-aktiviti ‘core business’ yang dilaksanakan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri (JPPN) bagi mengelakkan ketidakseragaman proses antara 14 buah cawangan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan di setiap negeri.

FUNGSI

Antara tugas-tugas ’core business’ yang dilaksanakan di JPPN adalah:

  • Memproses permohonan pendaftaran semua pertubuhan;
  • Memproses permohonan kebenaran bergerak sementara semua pertubuhan;
  • Memproses semua permohonan pertukaran nama, alamat, pindaan undang-undang dan kebenaran penggunaan bendera/lambang dan tanda lain kecuali parti politik;
  • Memproses semua permohonan pengesahan pegawai harta;
  • Memproses semua permohonan pendaftaran pegawai awam;
  • Memproses semua permohonan pelantikan juruaudit luar bagi pertubuhan faedah bersama;
  • Memproses semua permohonan untuk menaikkan jumlah perbelanjaan pentadbiran bagi pertubuhan faedah bersama;
  • Memproses semua permohonan bagi melabur dana bagi pertubuhan faedah bersama;
  • Menyemak penyata tahunan yang dikemukakan; dan
  • Mengambil tindakan pembubaran sementara.

JPPN akan memanjangkan kepada BPP permohonan pendaftaran pertubuhan dan bergerak sementara bagi pertubuhan-pertubuhan yang memerlukan perhatian Ibu Pejabat seperti berikut:

  • Pertubuhan-pertubuhan Agama;
  • Pertubuhan-pertubuhan berkaitan perdagangan termasuk institusi kewangan, pembinaan/pengilang dan Dewan Perniagaan/Usahawan;
  • Pertubuhan-pertubuhan politik; dan
  • Pertubuhan-pertubuhan berkaitan alam sekitar, pengguna dan persahabatan antarabangsa.

Selain itu, BPP juga menjalankan tugas-tugas berikut:

  • Memproses permohonan kebenaran penubuhan cawangan;
  • Menguruskan rayuan pertubuhan kepada Menteri Dalam Negeri;
  • Mengambil tindakan pembubaran pertubuhan di bawah Seksyen 13(1)(a);
  • Mengambil tindakan pembatalan pertubuhan di bawah Seksyen 13(1)(d);
  • Memproses permohonan kebenaran memegang jawatan kepada individu yang dilarang memegang jawatan; dan
  • Mengkaji dan menyemak semula dasar-dasar dan peraturan-peraturan sedia ada yang berkaitan dengan pertubuhan supaya selaras dengan perkembangan semasa.
Bahagian Pematuhan

Bahagian Pematuhan bertanggungjawab untuk memantau dan memastikan setiap pertubuhan yang berdaftar menjalankan aktiviti-aktiviti mengikut undang-undang berdaftar pertubuhan dan peruntukan-peruntukan di dalam Akta Pertubuhan 1966. Bahagian Pematuhan terbahagi kepada dua cawangan iaitu Cawangan Operasi Penguatkuasaan dan Cawangan Siasatan.

FUNGSI

Cawangan Operasi Penguatkuasaan

  • Menjalankan kerja-kerja risikan ke atas pertubuhan jika terdapat maklumat yang menunjukkan wujud pertubuhan haram atau menyalahi undang-undang.
  • Menjalankan kerja-kerja pemeriksaan samada bernotis atau mengejut di premis-premis pertubuhan berkenaan.

Cawangan Siasatan

  • Menjalankan siasatan dan pendakwaan berhubung dengan kesalahan atau pelanggaran terhadap peruntukan undang-undang di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984.
  • Menyiasat dan menyelaras kes-kes aduan yang diterima daripada kalangan ahli persatuan, Biro Pengaduan Awam (BPA), Badan Pencegah Rasuah (BPR), Polis dan sumber-sumber lain.
  • Menjalankan operasi lawatan atau pemeriksaan mengejut ke atas pertubuhan-pertubuhan berdaftar.

PEMERIKSAAN

  • Pemeriksaan Bernotis dilakukan berdasarkan peruntukan Seksyen 63 Akta Pertubuhan 1966 di mana notis dikeluarkan terhadap sesuatu pertubuhan. Notis tersebut dinyatakan tarikh, waktu, tempat pemeriksaan dan dokumen-dokumen yang perlu disediakan oleh pertubuhan.
  • Pemeriksaan Tanpa Notis pula adalah mengikut Seksyen 64 Akta Pertubuhan 1966 di mana pemeriksaan mengejut dijalankan ke atas sesuatu pertubuhan apabila aduan mengenai pertubuhan berkenaan diterima oleh pihak Jabatan. Pihak pengurusan sesebuah pertubuhan perlu menyediakan segala dokumen yang diminta oleh pegawai pemeriksa semasa pemeriksaan dijalankan ke atas pertubuhan mereka.
  • Kedua-dua prosedur pemeriksaan ini dijalankan bertujuan memastikan pengurusan pertubuhan termasuk kewangan persatuan diuruskan dengan teratur dan mematuhi keperluan-keperluan undang-undang berdaftarnya dan Akta Pertubuhan 1966.

SIASATAN

Aktiviti siasatan adalah melibatkan aduan-aduan yang diterima terhadap pertubuhan. Aduan-aduan diterima seringkali berkenaan penyalahgunaan kuasa oleh Pengerusi Pertubuhan, penyelewengan wang pertubuhan dan perasaan tidak puas hati akibat pemecatan dari jawatan dalam pertubuhan.

Kategori 1

Aduan terhadap perlanggaran peruntukan-peruntukan di bawah Akta Pertubuhan 1966. Antara contoh-contoh kesalahan mengikut kategori ini adalah seperti berikut :-

  • Mengubah alamat pertubuhan tanpa kelulusan Pendaftar.
  • Menghantar maklumat palsu kepada Pendaftar.
  • Menggunakan logo atau lambang tanpa kelulusan Pendaftar.

Kategori 2

Aduan terhadap perlanggaran undang-undang tubuh persatuan. Antara contoh-contoh kesalahan mengikut kategori ini adalah seperti berikut:-

  • Mesyuarat agung tidak mengikut prosedur.
  • Tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan.

PENDAKWAAN

Kesalahan-kesalahan berikut telah dilakukan oleh pertubuhan menyebabkan tindakan pendakwaan di atas diambil :

  • Memindahkan tempat urusan pertubuhan tanpa kebenaran. Kesalahan di bawah Seksyen 11(1)(a) A.P 1966.
  • Menggunakan logo tanpa kebenaran. Kesalahan di bawah Seksyen 50 A.P 1966.
  • Mengemukakan maklumat palsu. Kesalahan di bawah Seksyen 54A A.P 1966.
  • Menjalankan aktiviti sebelum pendaftarannya diluluskan. Kesalahan di bawah Seksyen 6(2) A.P 1966.
  • Pertubuhan yang telah dibatalkan pendaftarannya tetapi masih meneruskan kegiatan. Kesalahan di bawah Seksyen 42 A.P 1966.
Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan

Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan bertanggungjawab mengurus hal-hal kewangan, pentadbiran, perkhidmatan, pembangunan organisasi, sumber manusia dan program pembangunan modul insan berkaitan dengan Jabatan. Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan terbahagi kepada lima unit iaitu Unit Integriti, Unit Sumber Manusia, Unit Kewangan, Unit Khidmat Pengurusan dan Unit Komunikasi Korporat.

FUNGSI

Unit Integriti

Bertanggungjawab ke atas pengurusan integriti dalam Jabatan selari dengan usaha mengukuhkan tadbir urus yang baik.

Unit Sumber Manusia

Bertanggungjawab menyediakan minit ceraian untuk kelulusan Ketua Jabatan bagi penganjuran kursus dan hal berkaitan perkhidmatan, menguruskan hal-hal berkaitan perkhidmatan staf serta perjawatan dalam Jabatan.

Unit Kewangan

  1. Mengurus, menyedia dan memantau belanjawan Jabatan.
  2. Bertanggungjawab menentukan Bahagian dan Unit mendapat bekalan dan peruntukan kewangan yang cukup bagi belanja mengurus dan pembangunan supaya teratur mengikut keutamaannya.

 Unit Khidmat Pengurusan

Bertanggungjawab menyediakan khidmat sokongan kepada semua Bahagian dan Unit serta merancang, memantau, mengawas dan menyelia semua aspek pengurusan aset setiap bahagian dan unit.

Memastikan setiap barang stor yang diterima menepati spesifikasi yang ditetapkan, kualiti dan kuantiti yang dipesan mengikut pesanan dan barang stor yang diterima dalam keadaan baik, sempurna dan selamat untuk digunakan

 Unit Komunikasi Korporat

  1. Menguruskan hal berkaitan aktiviti perhubungan awam serta urusan yang melibatkan media,maklum balas kepuasan pelanggan, aduan BPA/SISPAA, pengurusan laman web dan laman sosial Jabatan,
  2. Pemantapan aspek pengurusan kualiti, memperkasa elemen tadbir urus yang komprehensif melalui aspek transformasi, inovasi, kualiti dan pematuhan seperti Indeks Penarafan Bintang (SSR-DIY), menyelaras pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam(EKSA) dan penyelarasan pameran dan program outreach Jabatan.
    Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat

    Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat bertanggungjawab merancang, mengurus, membangun dan menyelenggara sistem maklumat berkomputer dan elemen berkaitan ICT Jabatan bagi memenuhi keperluan semasa. Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat terbahagi kepada tiga unit iaitu Unit Kerajaan Digital, Unit Infrastruktur dan Keselamatan ICT serta Unit Dasar dan Khidmat Operasi.

    FUNGSI

    Unit Kerajaan Digital

    1. Mengurus pelaksanaan dan khidmat bantuan operasi dan penyelenggaraan bagi perkhidmatan Sistem eROSES sebagai perkhidmatan utama JPPM.
    2. Mengurus pelaksanaan dan penyelenggaraan Sistem Maklumat Geran yang merekod maklumat permohonan, kelulusan dan pembayaran peruntukan geran kepada pertubuhan.
    3. Mengurus pelaksanaan dan penyelenggaraan Sistem Pengurusan Dokumen yang menyimpan rekod pendaftaran pertubuhan yang didaftarkan sebelum pelaksanaan Sistem eROSES.
    4. Mengurus pelaksanaan dan penyelenggaraan Sistem Aplikasi Perkongsian Maklumat sebagai membolehkan warga kerja JPPM menyimpan maklumat dengan lebih mudah pada bila-bila masa melalui capaian Internet.
    5. Mengurus dan menyelaras Sistem Automasi Pejabat, Data Terbuka (Open Data), Data Raya (Big Data) dan Pendigitalan Perkhidmatan.
    6. Pematuhan bagi pelaksanaan pensijilan Information Security Management System (ISMS).

      Unit Infrastruktur dan Keselamatan ICT

    1.  Mengurus sistem rangkaian komputer yang disediakan melalui rangkaian Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya Campus Network dan 1GovNet
    2. Menguruskan keselamatan ICT JPPM dengan melaksanakan langkah-langkah mengikut keperluan bagi menjamin keselamatan infrastruktur, rangkaian dan aset ICT.
    3. Merancang, melaksana dan mengurus operasi dan penyelenggaraan segala kemudahan dan peralatan di dalam Pusat Data JPPM
    4. Menguruskan penyelenggaraan aset ICT JPPM
    5. Menyelenggara akaun emel rasmi JPPM untuk kegunaan di peringkat ibu pejabat dan seluruh cawangan negeri.
    6. Mengurus perkhidmatan sistem merekod kedatangan secara elektronik melalui kontrak pembekal yang dilantik oleh pihak Kementerian Dalam Negeri
    7. Mengurus keperluan teknikal, kepenggunaan dan operasi sistem perolehan kerajaan (iGFMAS dan ePerolehan)
    8. Pematuhan bagi pensijilan Information Security Management System (ISMS).

     Unit Dasar dan Khidmat Operasi

    1.  Mengurus dan menyelaras pelaksanaan Laman Web Rasmi sebagai sebuah portal yang menyediakan pelbagai perkhidmatan dan capaian maklumat JPPM.
    2. Mengurus Dasat Keselamatan ICT JPPM.
    3. Mempertingkat tahap keselamatan maklumat menerusi pelaksanaan pensijilan Information Security Management System (ISMS) yang merupakan program di bawah Dasar Keselamatan ICT Sektor Awam
    4. Menguruskan perolehan ICT JPPM.
    5. Melaksanakan aktviti pengurusan Aset ICT JPPM berdasarkan Pekeliling Pengurusan Aset Alih Kerajaan melalui penggunaan Sistem Pemantauan Pengurusan Aset (SPPA)
    6. Mengurus keperluan dan melaksanakan latihan yang diperlukan oleh warga kerja JPPM berhubung penggunaan dan kemahiran ICT terkini serta mengikut keperluan semasa.
    7. Melaksanakan pengurusan rekod Sistem eROSES dan Emel Rasmi JPPM.
    8. Mengurus keperluan teknikal, kepenggunaan dan operasi bagi pelaksanaan sistem aplikasi HRMIS.
    9. Mengurus pelaksanaan Aplikasi Profil Projek ICT Sektor Awam mengikut standard dan garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak MAMPU.
    10. Mengurus hal ehwal pentadbiran BPTM.

    ms_MYBahasa Melayu
    ms_MYBahasa Melayu
    Skip to content